Mencari Reda Allah Dalam Fotografi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel Ini DiAmbil Dari Blog Sahabatku Mujahid Nordin:
http://savingmemoir.wordpress.com/2010/11/22/mencari-reda-allah-dalam-fotografi/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alam ciptaan Allah sungguh indah dan tersusun , cantik, menawan serta kegemerlapannya yang memukau. Begitu juga makhluk-makhluk yang diciptakan untuk melengkapi kesempurnaan alam semesta yang agung. Dengan pemandangan hijau sawah padi dan banjaran gunung, kejernihan air sungai dengan desiran bunyi aliran air diselangi kicauan burung-burung yang pelbagai ,berwarna-warni disahut pula gemersik bunyi geseran sisip serangga pada abdomennya, dicelah pula hilai tawa monyet yang riang bergayut dari satu pohon ke pohon yang lain. Ahh…keindahan ciptaan Allah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, setuju?.


Dari situ timbulnya keinginan manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah untuk mencipta satu alat mekanikal yang dapat memantulkan imej yang dilihat pada gulungan filem…. itulah takrif bagi gadget yang bernama kamera. Namakan saja ia dengan berbagai jenama, Nikon, Olympus, Canon, Kodak, Lumix  dan Sony atau dengan kemampuannya SLR, DSLR, Digital Camera mahupun Video Camera, namun semuanya memiliki fungsi asas yang telah disebutkan.
Tahukah anda asas kepada terhasilnya kamera adalah dari pemikiran saintis Islam, Ibnu al-Haitam.
Sebagai Muslim setiap aktiviti kita sentiasa ada hubungkaitnya dengan Allah, ada penghujungnya samaada syurga atau neraka.  Bila berbincang pasal fotografi, ada positif dan negatifnya, timbul pula persoalan tentang hukum fotografi dan sejauh mana fotografi dibolehkan dan apakah batas fotografi disisi Islam.

Jika kena pada caranya maka fotografi boleh membawa kepada ketaatan pada Allah, sebagaimana firman Allah :

  • “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”[Al—‘Imran:190]
  • “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi…” (Yunus: 101)

Dan banyak lagi ayat-ayat Allah seumpama itu. Beruntunglah bagi mereka yang menjadikan ciptaan Allah sebagai inspirasi dalam fotografi mereka dan merenungi penciptaannya.

Hukum Fotografi

Untuk menjawab persoalan ini, rasanya sudah cukup dengan membawa fatwa yang telah dimuatkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (ketua Persatuan Ulama Sedunia) dalam bukunya Al-Halal wal Haram

Berikut apa yang dinyatakan oleh beliau :
Mengenai foto dengan kamera, maka seorang mufti Mesir pada masa lalu, yaitu Al ‘Allamah Syekh Muhammad Bakhit Al Muthi’i – termasuk salah seorang ulama besar dan mufti pada zamannya – didalam risalahnya yang berjudul “Al Jawabul Kaafi fi Ibahaatit Tashwiiril Futughrafi” berpendapat bahwa fotografi itu hukumnya Mubah (Harus). 

Beliau berpendapat bahwa pada hakikatnya fotografi tidak termasuk kedalam aktiviti mencipta sebagaimana difahami dari hadits dengan kalimat “yakhluqu kakhalqi” (menciptakan seperti ciptaanKu …), tetapi foto itu hanya menahan bayangan. 

Lebih tepat, fotografi ini diistilahkan dengan “pemantulan,” sebagaimana yang diistilahkan oleh remaja di negara Teluk (arab) yang menamakan fotografer (tukang foto) dengan sebutan al ‘akkas (tukang memantulkan), kerana ia memantulkan bayangan seperti cermin. 

Aktiviti ini hanyalah menahan bayangan atau memantulkannya, tidak seperti yang dilakukan oleh pemahat patung atau pelukis. Kerana itu, fotografi ini tidak diharamkan, ia dihukum sebagai HARUS atau MUBAH. Fatwa Syekh Muhammad Bakhit ini dipersetujui oleh majoriti ulama’ kontemporari.

Fotografi tidak dilarang dengan syarat objeknya adalah HALAL. Dengan demikian, tidak boleh mengambil foto wanita telanjang, hampir telanjang, tidak menutup aurat atau  pemandangan yang dilarang syara’. Tetapi jika mengambil foto objek-objek yang tidak dilarang, seperti foto kawan atau kanak-kanak, pemandangan alam, majlis perkahwinan, majlis konvokesyen atau lainnya, maka hal itu dibolehkan. 

Namun ada keadaan tertentu yang digolongkan sebagai keadaan darurat sehingga dibolehkan fotografi meski terhadap orang yang diagungkan sekalipun, seperti untuk urusan pentadbiran, pasport, atau kad pengenalan.


Kadang-kadang keadaan yang dibolehkan atau halal juga boleh bertukar menjadi haram. Walaupun objeknya sudah halal namun bagaimana pula cara objek itu berposing? Adakah dengan keadaan yang penuh ghairah ? jika ya, maka ia sudah tidak lagi harus. 

Dalam kes melibatkan perempuan, soalan-soalan berikut harus ditimbulkan. Apa takrif aurat sebenar ? Pakaian ketat pula bagaimana? Lengan atau betis pula bagaimana? Bukan aurat ke? Ini bukan masalah ketidakadilan gender, kerana lelaki juga ada batasnya. Dalam bahasa mudah,barang yang kena tutup kalau tak tutup jawabnya haram le.

Bekerja Sebagai Fotografer

Anda berhak memilih samaada mahu menjadi fotografer tetap (menjadikan fotografi sebagai sumber kewangan utama) atau sebagai freelancer fotographer.

Fotografer tetap disini bermaksud anda bekerja sebagai fotografer dengan majikan atau syarikat. Hal ini boleh menimbulkan sedikit kerumitan kerana anda terpaksa mengikut kehendak majikan, dan objek fotografi ditetapkan oleh majikan. Apatah lagi jika majikan itu bukan Muslim, lagilah bermasalah. Namun jika tidak timbul soal tersebut maka ianya kekal harus.

Sebaliknya jika foto yang diambil itu mengandungi objek yang terlarang dan haram maka hukumnya jelas haram tanpa khilaf. Bertambah berat jika foto tersebut disebarkan untuk tatapan umum. Samaada ditayang di kedai gambar, website, blog, fotopages, flickr, facebook atau apa saja. Jika yang mengambil foto itu mahram bagi model foto tersebut, maka sekalipun model tersebut tidak menutup aurat maka ianya tetap harus dengan syarat foto tersebut tidak dipamerkan pada umum.

Bekerja sebagai fotografer dibawah majikan mungkin menimbulkan masalah, maka saya syorkan supaya anda menjadi freelance fotographer yang tidak terikat dengan mana-mana majikan atau syarat. Anda bebas mengambil foto dari sudut mana yang anda mahu, subjek apa yang ingin diketengahkan atau apa objek yang ingin difokuskan.  

Anda mesti sedar  bidang fotografi sangat luas ruang lingkupnya. Jangan hadkan karya anda terhadap satu-satu tema sahaja, kenapa mesti objek yang haram menjadi pilihan? Sedangkan banyak lagi makhluk yang bukan sahaja dihalalkan untuk dimakan bahkan dihalalkan untuk di snap walaupun mereka tak berbaju (hmm??? ..binatang la tu). 

Alam ciptaan Allah yang luas terbentang hanya menunggu jari-jemari anda untuk merakamkan keindahannya dalam bentuk foto, dan semuanya itu tidak menuntut royalti daripada anda, bukankah begitu?.

 
Religious fotographer, why not ?? ~pic by khalifah ali~

Jadilah apa saja jenis fotografer samaada radicalphotographer, astrophotographer, dan macam-macam lagi istilah pengenalan yang diletak janji semuanya halal, menenangkan hati dan fikiran, memberi keuntungan kepada anda di akhirat kelak. Sebagai kesimpulan mari kita renungkan kata-kata Shaykh Hamza Yusuf Hanson :

Fears the day when we will return to Allah, every soul will get what it’s earn.

Kesalahan-kesalahan yang telah anda lakukan ketika berfotografi maka tutuplah kesalahan tersebut dengan bertaubat kepada Allah. Sama-sama renungi ayat berikut :
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. [al-Hadid:21]

Categories:

4 Responses so far.

  1. Wahida says:

    apa komen kalu yg pompuan yg jadi photographer??lagi2 kalu time akad nikah...sgt challenging....i hate that!!

  2. pompuan yg jadi photographer?
    ape lagi kak.. AWESOME lah!!!
    akak hebat akak hebat akak hebat!
    heeeeeeeee

  3. Anonymous says:

    Akhirnya, mendapatkan apa yang saya cari! Saya pasti menikmati setiap sedikit itu. Senang aku tersandung ke dalam artikel ini! senyum saya harus Anda simpan untuk memeriksa hal-hal baru yang Anda posting.

  4. Anonymous says:

    Ini adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik.

Leave a Reply